November tahun ini banyak meninggalkan kenangan. Kedai Dobi yang dijangka dibuka pada 1 November 2010 ditunda ke 8 November 2010. Eta selamat melahirkan anak lelaki pada 03 November 2010 dan dia kehilangan bapanya pada 8 November 2010. Datang dan pergi itulah lumrah kehidupan. Yang hidup pasti mati dan yang hilang tetap ada pengganti. Siapalah kita nak tentukan kehidupan dunia. Hari ni kita gembira, esok kita berduka dan begitulah seterusnya. Itulah lumrah hidup walau suka duka silih berganti. Aku, engkau, dia dan mereka sama saja di sisi Allah cuma mungkin bezanya hanyalah amalan kita.
Terkadang aku terfikir apakah tragedi di bulan November ini cuma mainan hidup. Entahlah namun aku tetap bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana tetap memberi aku ruang dalam membahagiakan hidup anak-anak yang berada di sekelilingku. Kedai Dobi akupun dah mula beroperasi. Apapun perkhidmatan terbaik dari Apple Fresh Laundry untuk anda semua. Eh...... banner perkhidmatan X'press baru je sampai. Iza Dobi.....TQ to You.
No comments:
Post a Comment