Jom Jalan

Last minute hotel reservation.

Saturday, October 16, 2010

DOBI KU DAN AKU

Semalam aku dapat call dari Iza Haryani.  Mesin sampai hari ni.  Ye ke?  Kadang-kadang tu macam tak percaya betul ke aku ni akan jadi pengusaha kedai dobi. Tapi itulah realiti.  Hidup ini akan terus berubah-ubah.  Keadaan tak akan kekal sama.  Macam roda kejap di atas kejap di bawah.  Apapun aku tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana terus memberi aku peluang dalam melengkapkan carta hidup aku walaupun aku tahu hidup aku tak selalunya indah.  Terkadang aku terasa rindu pada insan-insan yang selama ini berada di sekeliling ku tapi buat masa ini aku tak berdaya untuk menolak takdir kerana apa yang berlaku semalam, kelmarin dan masa lalu membuatkan aku sebak dan menilai diri apakah dosa ku dan berdosakah aku?
 
Kejap lagi Mr Chan sampai.  Aku harus ke kedai dobi sekarang.  Aku gi dulu......... 

No comments:

Post a Comment