Jom Jalan

Last minute hotel reservation.

Saturday, March 19, 2011

Sayangnya Aku

Cuti. Dah bercutipun. Ke mana? Langkawi................ panas. Cukup panas dan memeritkan. Cuaca begini cukup meletihkan. Nak buat camana...... Sebab sayang? Ya sebab sayang kat budak2 tu aku bawa mereka ke Langkawi.  Cuti sekolah ni aku penuhi permintaan mereka. Sayang aku memang sayang. Lebih-lebih lagi pada baby Rafiq. Mulanya aku tak bercadangpun nak bawa dia sebab masih baby lagi. Nak ku titipkan di rumah kakak Eta tapi tak kesampaian. Ada hal........... dia ada hal, nak buat camna.  So......... bawa jelah.

Alhamdulillah................Rafiq tak meragampun. Baik ya amat. Sayangnya aku kat dia. Sayang yang amat sayang. Anugerah Allah. Apapun......kasih sayang aku kat budak2 tu tak akan berubah. Aku sentiasa rindu. Rindu 1/2 mati.............................



Saturday, February 19, 2011

ALFATIHAH

Tiba-tiba je mereka ni dah jadi anak yatim. Tak siapa sangka.....

WGD 4004

Dah lima hari berlalu dan aku masih teringat arwah Rashid jiran sebelah rumah aku yang meninggal dunia lima hari lalu. Muda lagi. Baru 34 tahun tapi janji Allah tak siapa boleh halang. Mana taknya. Setiap hari nak gi kerja, aku akan terserempak ngan dia. Senyumnya tak pernah lepas. Balik rehat, balik kerja dia mesti ada depan pintu pagar rumahnya. Petang dia sibuk ngan bunga2nya. Ada peluang berbual kami akan berbual. Bukan aku je terasa kehilangan tapi kawan2 lainpun sama. Semuga arwah ditempat di tempat orang2 yang beriman. AlFatihah.

PENYAMPAIAN HADIAH SKBBKS

Betapa bangganya aku bila Aisya bagi tau 19hb Februari ni Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Cemerlang dan dia salah seorang penerima hadiah.  Bukan aku saja yang tersenyum lebar, Mama dan Papanya pun begitu. Biarlah dia terus maju dalam pelajaran sampai bila2pun.  Biar dia jadi idola dalam keluarga dan biar adik2nya mengikut jejak langkahnya.  Aisya ketahuilah kami semua sayang kamu.

Tuesday, February 15, 2011

PECAL

Kenapa malam ni aku cukup terasa hati.  Terkadang aku tak faham apa yang sedang berlaku di sekeliling ku. Entah cukup aku tak faham.  Ada pun pasal pecal yang adik aku beli kat pasar malam tadi. Sungguh aku tak tahu pecal tu untuk siapa? Apa yang aku tahu Eta tak nak makan pecal malam ni.  Dia keluar gi Tesco ngan suaminya. Beli  barang sikit katanya.
Apa mimpi aisya ngan Fia malam ni nak makan pecal akupun tak tau..  Sebelum makan dia ada tanya mama nak makan pecal ke malam ni.  Aku jawab tak..... makanlah.  Apalagi dia berdua menjamu selera makan pecal.  Tup-tup mamanya balik dari Tesco. Terkejut tengok Aisya ngan Fia sedang makan pecal. Kenapa makan pecal mama? Sampai hati....... Aku terkejut. Dalam hati berkata..... ai aku dengar tadi dalam kereta dia tak nak makan pecal sebab pecal yang di beli tadi tu bukan pecal kesukaannya.
Teringat aku kisah si Pekan makan telur ikan maknya sampai habis. Sampai merajuk dimakan Batu Belah Batu Bertangkup.  Kekadang aku tak faham. Bukan siapapun yang makan. Anak sendiri. Lagipun bukan salah diaorang. Aku yang salah dengar.  Aku terharu bila perkataan Sampai Hati digunakan. Aku memang terasa hati. Sememangnya......... anak-anak tu...... kesian mereka...... Pecal, pecal, pecal. Semuanya pasal pecal.

Friday, November 12, 2010

Tragedi November

November tahun ini banyak meninggalkan kenangan.  Kedai Dobi yang dijangka dibuka pada 1 November 2010 ditunda ke 8 November 2010.  Eta selamat melahirkan anak lelaki pada 03 November 2010 dan dia kehilangan bapanya pada 8 November 2010.  Datang dan pergi itulah lumrah kehidupan. Yang hidup pasti mati dan yang hilang tetap ada pengganti.  Siapalah kita nak tentukan kehidupan dunia.  Hari ni kita gembira, esok kita berduka dan begitulah seterusnya.  Itulah lumrah hidup walau suka duka silih berganti. Aku, engkau, dia dan mereka sama saja di sisi Allah cuma mungkin bezanya hanyalah amalan kita. 
Terkadang aku terfikir apakah tragedi di bulan November ini cuma mainan hidup.  Entahlah namun aku tetap bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana tetap memberi aku ruang dalam membahagiakan hidup anak-anak yang berada di sekelilingku. Kedai Dobi akupun dah mula beroperasi.  Apapun  perkhidmatan terbaik dari Apple Fresh Laundry untuk anda semua. Eh...... banner perkhidmatan X'press baru je sampai. Iza Dobi.....TQ to You.

Friday, October 29, 2010

Anak dan Aku

Persiapan bagi pembukaan Kedai Dobi Apple Fresh Laundry telah siap sepenuhnya cuma penetapan tarikh masih belum dibuat lagi.  Aku akan dapat anak buah lagi dalam masa terdekat ni dan Aisya, Fia dan Zahraa akan dapat adik.  Bertambah lagi ahli keluarga dan aku harap dengan adanya Kedai Dobi ni akan bertambahlah rezeki di masa akan datang.  Harap-harap Allah berkati apa yang aku buat.  Aku buat semua ni bukan untuk aku tapi untuk anak2 buah ku yang dah ku anggap macam anak sendiri.  Kalau setakat untuk aku rasanya apa yang ada sekarang dah cukup untuk aku tapi masa depan anak-anak aku tak siapa akan jangka.  Aku nak mereka hidup senang di dunia dan di akhirat. Aku kerja keraspun semuanya bukan untuk aku tapi semua untuk anak-anak aku. Anak-anak aku adalah hidupku dan hidupku mati tanpa mereka.  Tiada siapa boleh pertikaikan kedudukan mereka di hatiku kerana hanya aku yang tahu siapa aku kerana aku adalah aku dan aku tetap aku seperti aku dulu..........itulah Aku.

Saturday, October 16, 2010

DOBI KU DAN AKU

Semalam aku dapat call dari Iza Haryani.  Mesin sampai hari ni.  Ye ke?  Kadang-kadang tu macam tak percaya betul ke aku ni akan jadi pengusaha kedai dobi. Tapi itulah realiti.  Hidup ini akan terus berubah-ubah.  Keadaan tak akan kekal sama.  Macam roda kejap di atas kejap di bawah.  Apapun aku tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana terus memberi aku peluang dalam melengkapkan carta hidup aku walaupun aku tahu hidup aku tak selalunya indah.  Terkadang aku terasa rindu pada insan-insan yang selama ini berada di sekeliling ku tapi buat masa ini aku tak berdaya untuk menolak takdir kerana apa yang berlaku semalam, kelmarin dan masa lalu membuatkan aku sebak dan menilai diri apakah dosa ku dan berdosakah aku?
 
Kejap lagi Mr Chan sampai.  Aku harus ke kedai dobi sekarang.  Aku gi dulu.........